Monday, 9 December 2013

sentap...

ya ALLAH aku cepat sngt terasa. maaf...
ada sesetengah benda telah mnenyebabkan air mata aku menitis...
walaupun pada org lain tdk..
tp bg aku ia boleh menitis kan air mataku...
tp bukan bermakna aku tdk bersyukur ya ALLAH...
aku bersyukur kerana KAU telah mencipta kan aku sempurna dr semua segi...
terima kasih ya ALLAH...

:').....

Saturday, 23 November 2013

semakin hampir... :'(

Assalamualaikum....

Baru nak update perkembangan terbaru. Asyik busy je sblm ni. Skrang baru ada peluang.
Sbb ada someone yg ingat kn utk buka blog and bce entry dye.

Dah x lama aku dkt kolej ni.
Cuma tinggal stahun je lg. Cepat je rase masa tu berjalan.
Aku rase mcm baru je aku jejak kaki kat kolej ni.

Skrang aku dah nak masuk sem 5. Banyak perkara yg aku dah lalui sepanjang 2 tahun kat sini.
Benda2 ni semua buat aku bertambah kuat utk lalui masa mendatang.

Diam x diam dah 2 tahun aku kenal bestie aku and dah 1 tahun aku kenal adik angkat aku.
Hidup aku happy sangat sbb ada dorg ni. 

Bila pikir kmi akn berpisah aku kdg2 rase terganggu.
Entah mcm mna kalau diorg dah xde di samping aku nanti.
Boleh ke aku berdiri sendiri??? boleh ke aku dpt bestie mcm dorg???
boleh ke adik aku xde kt sisi aku??

Aku harap sgt aku kuat utk hadapi semua ni...
Bukan senang nak cari kawan yg bergelar sahabat...
Bukan senang nak dapat org yg sentiasa jd peneman masa susah and senang..
Org yg selalu membuat kn kte tersenyum and yg syg kte mcm family sendiri..
Dalam hidup satu saat ALLAH akan bg kte apa yg kte perlu dan satu saat jgak ALLAH akan amik balik..
DIA nak uji kte. DIA nak tgk samada kte akan terus menjadi hamba DIA atau sebaliknya.

ya ALLAH aku cuba utk redha dengan ketentuanMU. Aku tahu ENGKAU lebih mengetahui segala-galanya...
Mungkin kami akan berjumpa lg dan akan dpt sma2 harungi perjalanan hidup walaupun bukan dgn keadaan y sma mcm sekarang...

Akak syg adq sgt2 tau....
Remember me always...
u will always in my heart adik...
bestie aku syg korg sgt2...  

Smoga hubungan kita akan kekal hingga ke jannah sahabat n adik... Aamiin..



Malam yg penuh dgn emosi.....
YA ALLAH kuat kan hati aku....






Sunday, 6 October 2013

Sebelum Kau Halal Untukku





Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”


Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin

Saturday, 5 October 2013

BANGUN SEBELUM SUBUH....

Assalamualaikum...

Sebagai manusia kdg2 aku ni pelupa jgak. Niat mang nk bngun sblm subuh tp da azan berkumandang bru terhegeh2 nk bngun. Mcm mna nk dpt rahmat ALLAH kn kalau bngun pun lmbt. Alsan aku letih la,busy la, x cukup rehat la mcm2 lg aku bg. Astaghfirullahal'azim....hurmmm... people have a lot of excuses... Tapi septutnye msa cuti ni la kta nk dekatkan diri dgn ALLAH lps dah busy dgn kerje yg ada... btol x??

Because of that i would like to share something. Ditujukan khas utk diri aku jgak yg selalu byk alsan.. 



SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”

(Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”

(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya..”

Hidupkanlah Sunnah Nabi S.A.W Kerana Sunnah Nabi Akan Membawa Kejayan Dunia dan Akhirat.

Friday, 4 October 2013

kawin????

Assalamualaikum...

Slmt mlm..hihihi...
kawin?? knpa kawin ek? hahahaha
baru je pas buka fb kwn aku... baru je pas bersalin..
oh nooo.... dye dah ada anak, aku bila plak???
ya ALLAH tiba2 je rase mcm nk kawin jgak...
ya ALLAH temukan lah aku dengan org yg boleh membawa aku dekat dgnMU,setiap kali aku memandangnya aku mengingatiMU. org yg akan menjauhkan aku dgn kemungkaran..

syok je tgk kwn aku dah ada baby...
bahagia je kalau dapat cinta yg halal kn??
bkn je dpt elak maksiat tp dpt pahala lg..
itu yg aku nk sgt skrng...

aku masih menunggu org yg btol2 ikhlas mengambil aku jd isteri dye..
when it will comes true itu aku x dpt nk ckp... 

masih mendambakan lelaki yg boleh menjadi imam utk aku,ank2ku...
yg akan mengajar aku menjadi isteri yg solehah...

Ya Allah,seandainya Engkau mengetahui bahawa dia adalah baik bagiku
,pada agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku,
sama ada cepat atau lambat,takdirkanlah dia bagiku..
dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya.
Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa ia mendatangkan keburukan bagiku,pada agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku,
sama ada cepat atau lambat,maka jauhkanlah aku daripadanya.
Dan takdirkanlah kebaikan untukku dan rahmatilah aku.

Wednesday, 2 October 2013

Komuniti.....

Assalamualaikum...

Busy sikit la sbb aku tgh praktikal kt KK skang ni. Office hour la ktakan. Balik petang nak rehat. Ntah la apa yang letih dok KK ni. Better kje kat wad lg best.huhuhu.. Ase x sabar nk masuk wad balik.

Skarang ni mlm busy dgn latihan koir bagai. Koir tu da mcm exam lak nk kne buat btol2. X faham la aku. Haish merungut lak aku ni kan.hurmmm.. Ye la buat benda yg kte mang xnak buat mcm ni la kan.. Dah la kena hafal 16 lagu.haiyak!!!!!!!! Jam la memory otak aku, udah le ada bpe GB je. Nk simpan apa yg aku bljr kt kelas lg nk hafal lgu lg... Alamak aih serabut la....

After cuti raya haji ni i need to go to JB pulak. Ada pertandingan kreatif n inovatif pulak. Then waiting for final. bila nk study klau stp mlm ada latihan koir.. Koir pulak akhir sem ni. Berkulat la aku nak tnggu....hahaha...Ehehehehehe..da merapu pulak aku... 

xde la aku ok je dgn semua ni. cme mls nk join je tp terpaksa join jugak walaupun suara aku ni ke laut... hihi..

Jumaat ni aku osce. Ntah soalan apa la yg kluar. Hrp2 yg mudah je la... Aamiin...
 but its ok next week balik kg..yeayyyyyy... im happy...
 apa2 je la aku ni....

Sunday, 22 September 2013

Rindu kembali......

Assalamualaikum...

Entah knpa la aku rse rindu ramadhan kembali... Stp kali dgr org mngaji aku rindu nak brda dlm bulan ramadhan balik. Ya ALLAH semoga aku masih b'kesmpatan utk mnikmti bulan ramadhan akn dtg. In sha Allah aku akn cba hrgai nikmat y KAU berikan. Aku tunggu lg kedtanganmu ya ramadhan... Smoga b'jmpa lg....

Friday, 13 September 2013

finish my 3 day night shift!!!!feeling happy...

Assalamualaikum...

hari ni last aku kerje shif mlm. hahaha.. best sgt last night sbb borak2 ngn staffnurse yg sgt sporting. gile la. although we still respect them. kitorg borak mcm kwn2 da. gelak2 lg. sgt suke la kerje kt wad 6 nih. in sha ALLAH next sem jmpe lg ye staffnurse...

and now aq rse sgt100x rindu dekat mak,ayah,adik2,kakak n abang2 aku. ase nak jmpe dorg skang jgak....
xpe la next month in sha ALLAH kalau umur panjang aku balik curi raya haji.


ada sorg lg but xdpt cuti... abg wan...

Thursday, 12 September 2013

nightshift at female ward surgical..................

Assalamualaikum....

hari ni dah hari yg ketiga aku kerje shift malam. first time kerje malam xde la letih cume ngantok je. yela takat nak bertahan sampai pukul 2 tu aku bole lg la. ni nak sampai pukul 7 pg ya ALLAH ngantok gila.

First day aritu semangat la sbb baru kerje kan. Masuk hari kedua smlm aku nganto sgt da. Di sbbkan aku xnak tdo mcm2 aku buat,elok je ngantok aku bangun kemas tu la kemas ni la. Bila time aku duduk je mate pun ikut sme nak tutup. Tp alhamdulillah la sbb aku still bole b'tahan for the second day. Yg paling best pukul 6 doc suh aku buat ECG kat sorg aunty ni. Kemain susah nak dpt bce. Aku buat sorg2 la sbb sblm ni x penah ada mslh buat sorg. Tp yg aunty ni lain mcm skit, dr pukul 6- 6.30 aku x dpt bacaan. Dgn ngantok yg amat sgt ni. Adoiiiiiii.....sakit kepala...hahahaha... mybe sbb aku lame sgt kr dlm tu SN pnggil. Gelak dye sbb lame sgt.. dye plak cbe, still x dpt bce. T'paksa lah pegi pnjam wad lain punye. Aku da la x solat ag,ngn da give up sbb x dpt bacaan pas la kt kwn aku... After abis solat kwn aku pun baru dpt bacaan...hahaha baru tau ssh...hiiiiiiii

But ape2 pun ske sgt kerje mlm. Gelagat patient2 buat aku hepi. And some of them remind me to my mother. Aku b'syukur sgt sbb mak aku alhamdulillah masih sihat. Aku tgk dorg buat aku rindu mak aku. Ada sorg adik tu bru 13 thn. Dye x pegi sekolah sbb jga mak dye. Tgk dye buat aku rindu adik bongsu. rindu sgt kt dorg. Truly deep in my heart, since kte angganp patient like our family kte mesti akn treat dorg dgn baik kan, So stp kali buat ape2 prosedur je kt dorg aku bayang kan aku tgh rawat family aku. Sometimes my tears come out. And sometime aku rsa still x dpt jlnkan tggungjwb aku dgn baik. Aku harap sgt aku dpt bg the best treatment for them,although i cannot cure but as long as i can reduce their pain it will make me happy. In sha Allah

So malam ni last night hope everything is gone be fine.. Aamiin...

Sunday, 8 September 2013

cuti midsem tamat!!!!!!!!

Assalamualaikum....

hurmmmm...pejam celik pejam celik abis dah cuti midsem.. Skrng tunggu nak exam midsem lak. huish.. Study apa pun dak lagi. Apa nak jadi la dgn sye ni.

Cuti smggu nie x cukup utk rehat.hahaha..(amboi dah dapat cuti pun x b'syukur lagi kan??eh5 x sye b'syukur tau).. Alhamdulillah sbb dpt jmpa ngn family. Lepas dah rndu kat semua. Xpe next month cuti hari raya haji lak. Tapi xtau la blik ke x. tiket semua harga nak telan org. Xpe la ada rezeki ada la kan..

skrng nie sye dah ada kt kolej. Bru smpai kul 6.30 pg tadi. lenguh dok atas bas. Rasa nak terkehel dah leher ni.

hahaha.. Tau x?? Mesti la xtau kn... nie habaq ni. Adq sye yg sorg tu dah merajuk ngn sye coz everytime msj ngn sye msti sye t'tdo.hehehe.. nak buat mcm mna senang tido..haish..hehe tp xpe.. nanti oke la tu.. tggu je mse yg sesuai..

"Adq xmo la merajuk2... nanti x comey dah adq akk..hihih"

ok la... smpai di sini je...

Wassalam....

Thursday, 29 August 2013

Cant wait!!!

Assalamualaikum..

Hurmm. Sekarang im in JB. Ada seminar pendidikan fatwa kesihatan. Sptutnya saya kerje ari ni. Tapi kena dtg sni lak. Xpe la maybe ada input2 yg bole saya dpt. Think positive ok.

Esok saya kerje mcm biasa. Tapi shif ptg, esok jgak nk blik kg cuti midsem. Best nye... X sbr nak blik kg.

Hope everything gone be fine. In shaa ALLAH.. Aamiin.

Saturday, 24 August 2013

Kreatif n inovatif

Assalamualaikum....

Hari ni kolej saya ada buat konvensyen kik. And saya pun terlibat sekali. Hurm,agak kecewa bila apa yg kita buat x menjadi langsung. Ada la rasa nak menang tapi yg ada prsaan mcm tu ada brpe je. Xpe la utk next sem im try my best...

Tuesday, 20 August 2013

penawar yang aku cari

setiap manusia yang di ciptakan di dunia pasti akan ada tulang belakangnya. Seperti kata orang di belakang seorang lelaki pasti ada wanita yang menyokongnya. Begitu juga boleh diibaratkan untuk sahabat. Sahabat yang baik akan menjadi pendokong kepada sahabatnya yang lain.

Ya.. Dalam hidup aku, aku juga memerlukan sahabat untuk sama-sama membantu aku berjaya. Kawan kau tahu tak korang penting dalam hidup aku.

Entah lah, aku terlalu sayang dengan korang. Tapi setiap yang kita sayangi pasti akan meninggalkan kita. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana aku bila kita dah tamat study nanti. Tahun depan last kita sama-sama tau. After that, masing2 akan busy dengan tugasan sebagai nurse. Korang akan ingat aku tak? Aku harap korang akan ingat aku sampai2 akhir nafas.

Satu je aku nak cakap, segala kesedihan, kesakitan dan kepahitan yang pernah aku bagi kat korang lupa kan tau. Sebab perkara yang menyakitkan akan menganggu perjalanan kehidupan kita. Cuma jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan pedoman kita bersama. Aku sayang korang lillahi taala. Ingat kenangan manis kita, selama bergelar sahabat. Aku tak suka simpan racun, aku sanggup cari penawar untuk ubati racun dalam hati aku. Walaupun dalam pencarian penawar luka yang aku dapat, xpe sebab penawar yang aku dapat tu lah yang ubati luka. Uhibbukifillah.

baca lah cerpen ni. Harapan aku kita akan sama2 jadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat, bila dah bekerja nanti jadi pekerja yang profesional,komited dan berpegang teguh pada ajaran islam. Korang baca cerpen ni, dan selami makna penceritaannya.

Untuk adik jugak, mungkin adik macam haikal dan akak macam hariz. Dalam persahabatan tak syok la kan kalau sama je. Mesti ada yang membuat kan kita berbeza. Baca tau cerpen ni. uhibukifillah jugak untuk adik.



Sahabat yang terbaik,
Bukanlah yang hanya mampu berkata: “Sabarlah, Sabarlah.”
Tetapi adalah sahabat yang akan berkata,
“Apa masalahmu? Mari aku bantu.”


Termenung. Sedikit kebosanan. Ruang mataku diisi dengan sebatang pokok di hadapan Dewan Makan, dan di sekeliling pokok itu terdapat pelajar-pelajar lain yang kelihatan seronok bersembang sesama sendiri. Rasa menyesal pula pergi terlalu awal ke tempat ini. Rupanya hari ini Dewan Makan akan dibuka sedikit lambat. Lebih baik melepak di atas musolla tadi, boleh juga berbaring menghilangkan letih di tengah hari ini.
Sudah seminggu di sekolah baru ini. Aku masih tidak punya kawan rapat. Namun, aku tidak berapa peduli. Aku seakan dapat menghidu bahawa takdirku adalah berseorangan di atas dunia ini. Setakat aku berumur 13 tahun ini, aku memang tidak punya seorang pun teman yang boleh digelar sebagai sahabat karib. Sedang teman sekolah rendah sepanjang 6 tahun pun tiada satu yang rapat denganku, apatah lagi di sekolah asrama yang baru aku jejaki ini.
Mungkin kerana aku berbeza. Mungkin. Aku kasar, tidak mudah berkata lembut, agak lancang, asyik berfikiran jauh, tidak suka bertolak ansur, dan sering hendak menang dalam apa-apa sahaja. Ah, aku tidak peduli. Bukan satu kekurangan buatku. Aku bisa sahaja hidup sendiri.
“Seorang sahaja?”
Cuping telingaku menangkap pertanyaan itu. Membuatkan leherku automatik menoleh. Seorang pelajar berpakaian pengawas, agak tinggi, berwajah cerah, memakai songkok, sedang berdiri di hadapanku dengan roman wajah yang manis. Siapa pula ni?
“Boleh aku duduk sebelah kau?” Dia bertanya. Nyata aku duduk berseorangan di atas penghadang jalan berdekatan Dewan Makan ini. Malas-malas aku mengangguk.
“Kenapa seorang sahaja?”
“Memang tak ada kawan.” Aku menjawab perlahan sambil menekur jalan tar di hadapan.
“Oh, biasalah. Kau baru lagi di sini kan? Nanti insyaAllah, lama-lama ada la sahabat.” Dia berbicara mesra. Seakan telah 10 tahun berkenalan pula. Membuatkan aku mengangkat wajah memandangnya.
“Iya? Aku macam tidak yakin sahaja aku akan mampu mendapat sahabat di sekolah seperti ini.” Aku tahu bicaraku itu berbau sinis. Tetapi aku tidak dapat mengawalnya. Aku memang begini. Aku sudah dapat menghidu perbalahan yang bakal berlaku antara aku dan dia sebentar lagi.
“Em? Kenapa kau berkata begitu?”
“Iyalah, aku lihat senior-seniornya tidaklah sebaik mana. Bercakap gah sahaja, tetapi akhlak tidak setara mana. Tetap membuli junior juga. Suruh orang bagi salam dulu, tetapi mereka tidak pula mengamalkannya. Bila junior tak beri salam, tahu pula hendak marah.” Aku memuncungkan bibir, dan mendengus menunjukkan kebencian aku yang mendalam.
Ya. Apa yang aku luahkan tadi, itulah yang aku perhatikan sepanjang minggu orientasi ini berjalan. Abah kata, sekolah ini lubuk mutiara, tempat tersimpannya 1001 hikmah. Tetapi entahlah, aku tidak nampak apa yang istimewanya sekolah ini apabila melihat senior-seniornya. Dan sekarang, pelajar di sebelah aku ini menyatakan aku akan mendapat sahabat di sini? Heh. Dalam mimpi sahaja mungkin terjadi.
“Cakap tu baik-baiklah sikit.” Dia mula bersuara tegas.
Ahah! Aku sudah katakan yang tiada siapa akan tahan dengan aku. Orang tidak pernah suka dengan mereka yang bercakap tulus. Orang lebih suka pujian palsu.
“Apa yang aku cakap itu benar, bukan?”
“Iya. Tetapi senior-senior bukanlah para malaikat. Apa yang baik daripada mereka kita ambil, apa yang buruk daripada mereka kita tinggal. Kalau kau tidak puas hati dengan mereka, maka jadilah senior yang lebih baik nanti.”
“Hah, hanya alasan kau sahaja untuk menyembunyikan kesalahan senior-senior di sini. Sekolah ini nyata tidak bermakna apa-apa. Sama sahaja seperti sekolah-sekolah lain. Apa yang ‘the best in the world’nya di sini?” Aku merendah-rendahkan laungan semangat yang sering digunakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini.
Wajah pengawas di sebelahku mula merah.
“Kau ni!” Tangannya mula hendak mencapai bahuku. Tetapi aku dengan langkah tempur didikan Abah, pantas menangkap pergelangan tangannya sebelum sempat menyentuh tubuhku.
Matanya membesar. Mataku membalas. Tangannya sengaja kugenggam sekuat hati. Biar dia terasa sakitnya.
“Sudah, berambus.” Aku menghalau. Tangannya kulepaskan perlahan.
“Haih…” Dia menggeleng kepala. Bangun meninggalkanku.
Aku buat tidak peduli.
Pasti dia tidak akan lagi berhubungan denganku.
Aku pasti, dia amat memarahiku. Mungkin dia akan menceritakan kepada rakan-rakannya akan hal aku. Silap hari bulan, dialah musuh aku yang paling ketat di sekolah ini satu hari nanti. Siapa tahu, bukan?
Heh.

******

Aku memandang papan kenyataan di musolla. Biasanya pada papan kenyataan ini ada pelbagai info terkini berkenaan aktiviti sekolah, juga terdapat fakta-fakta agama dan juga akademik. Aku sekadar tertarik pada bahagian aktiviti sekolah. Aku ingin tahu apa program yang akan diadakan oleh sekolah ini untuk minggu hadapan.
Tiba-tiba aku perasan cuping telingaku disentuh. Sentuhan itu pula dapat kurasakan kemesraannya. Pantas aku menoleh ke belakang.
“Si…”…apa… dan yang baki itu hanya terlekat pada kerongkongku.
Dia. Pengawas semalam. Kini sedang berada di hadapanku, dan tersenyum mesra.
“Tengah tengok apa? Apa yang menarik?” Dia terus menepuk bahuku dan mendekati papan kenyataan. Memandang ke arah jadual yang menunjukkan aktiviti sekolah.
Aku sekadar memandangnya. Kemudian tanpa berminat untuk mengungkit perselisihan semalam, aku sekadar menyilang tangan ke dada dan melihat kembali jadual aktiviti sekolah.
Suasana antara kami hanya diisi dengan bunyi pelajar-pelajar lain melalui tempat itu untuk keluar dari musolla, juga beberapa pelajar yang turut melihat papan kenyataan.
“Nama aku Hariz.” Suaranya menggegar gegendang. Perlahan-lahan aku menoleh. Dia sedang tersenyum. Apakah dia ini terlupa bahawa kami baru sahaja berselisihan semalam?
“Nama kau siapa? Aku cuma tahu yang kau ini adik saudara Umair sahaja. Umair itu sahabat karib aku tahu. Tinggal dia tua setahun sahaja daripadaku.”
Ah, kawan Umair? Umair itu abang sepupuku. Tua dua tahun daripadaku. Satu-satunya keluarga yang aku ada di sekolah ini, juga salah satu sebab mengapa Abah amat yakin untuk menghantar aku berjauhan daripada rumah ke mari.
Hariz di sebelahku kekal tersenyum. Seakan hari semalam tidak pernah berlaku. Dan tadi semasa dia menyentuh cuping telingaku, aku dapat merasakan kemesraan yang amat daripadanya. Aneh. Perasaan apakah ini?
“Haikal.” Aku menjawab perlahan.
“Em?” Kening Hariz terangkat sebelah.
“Nama aku Haikal. Haikal Aizuddin.”
Senyuman penuh cahaya terukir di bibirnya. Segera dia menghulurkan tangan. “Muhammad Hariz.” Dan kami berjabat.
Hangat. Bukanlah ini kali pertama aku berjabat tangan dengan manusia. Tetapi, entah, mengapa aku rasakan jabatan tangan kali ini terasa seperti sesuatu yang tidak pernah kurasai sebelum ini. Dan apakah rasa senang yang terwujud di dalam hatiku ini?
“Makan jom?” Hariz terus memaut bahuku, dan belum sempat aku menjawab, tubuhku telah didorongnya ke rak kasut.
Itulah dia permulaannya.

******

Masa pantas berlalu. Sedar tidak sedar, Hariz sudah tingkatan lima dan aku telah memasuki tingkatan empat. Hari-hari nyata berlalu tanpa menunggu langkahan insan. Sama ada manusia itu yang memecut untuk menewaskan waktu, atau manusia itu akan ditinggalkan.
Persahabatan aku dan Hariz juga bertambah erat. Kami ibarat kembar yang tidak dapat dipisahkan. Siapa yang percaya bahawa awal pertemuan kami adalah pergaduhan. Tetapi entah mengapa seperti aku sahaja yang mengingati perkara itu. Hariz, dia langsung tidak pernah menimbulkan kenangan yang satu itu. Mungkin sahaja dia memang tidak pernah ambil peduli akan perkara itu? Jika benar, nyata dia adalah manusia yang ajaib.
Empat tahun yang telah berlalu, diisi oleh dengan keeratan kami. Terlalu banyak kenangan yang dikongsi bersama. Terlalu banyak perkara yang dilalui berdua. Kemasukan aku sebagai ahli Badan Pengawas Sekolah tambah mengeratkan hubungan kami, apatah lagi apabila aku diletakkan pada Biro yang sama dengan Hariz. Lebih menakjubkan, sepanjang aku menjadi pengawas, kami tidak pernah ditukarkan ke biro lain. Kerja-kerja bersama di dalam pengawas, kursus-kursus kepimpinan, program-program, semuanya menjadikan hubungan kami bertambah erat.
Kami turut bersama-sama merancang pelbagai program sampingan buat diri kami sendiri, seperti berpuasa sunat bersama-sama dan tidur di musolla untuk qiamullail bersama-sama.
Nyata empat tahun yang telah berlalu, adalah empat tahun yang indah. Aku seakan dikurniakan seorang abang oleh Allah SWT. Dan kehadiran Hariz lebih dari sekadar memenuhi kekosongan ruang Abang itu, bahkan dia jugalah qudwah kepadaku. Banyak mengajarku akan Islam yang sebenar daripada akhlaknya, mendidik aku dengan kesungguhannya di dalam kerja, dan sentiasa di sisi apabila tiada orang lain bersama.
Percaya atau tidak, yang mampu bertahan dengan kelancangan dan kekasaranku, hanya Hariz seorang. Aku masih ingat ketika aku mengamuk dan mengoyakkan komik mereka di pejabat asrama, mengakibatkan beberapa rakanku di dalam pengawas tidak senang dengan kemarahanku ketika itu, hanya Hariz sahaja yang pergi kepadaku dan bertanya apa yang sebenarnya telah berlaku.
“Kal.” Suara Hariz menyapa. Dia yang baru sahaja menyalin baju tidur, mampir ke katilku dan duduk.
“Apa?” Aku menggerakkan kepala sedikit.
“Ada masalah apa?”
Aku tertawa. “Kenapa? Muka aku ni muka ada masalah kah?” Tiba-tiba sahaja tanya ada masalah.
“Tak adalah. Semalam, bila balik daripada slot terakhir, kau terus sahaja tidur. Tak sembang-sembang macam biasa pun.” Hariz merujuk kepada Program Muhasabah Islami yang dijalankan oleh seorang motivator jemputan sekolah semalam.
Mata aku membesar. Hariz berkerut dahi memandangku. Kemudian tawaku meletus.
“Hei, aku serius ni.” Dia menolak bahuku.
“Entahlah. Aku tak ada sebab pun. Mungkin letih kut. Tak fikir apa, balik terus lelapkan mata.” Aku menggeleng. Tawaku masih tersisa.
“Serius ni?” Hariz seperti tidak puas hati.
“Ya Allah, abang aku seorang ni, sungguh.” Aku mengangkat tangan, gaya bersumpah. Memang sungguh aku tidak ada apa-apa. Bahkan aku sekarang ini masih tergeletek dengan Hariz yang amat menjaga aku hinggakan perubahan sekecil itu pun disangkanya aku punya masalah. Hariz, Hariz. Aku menggeleng lagi.
Hariz menghela nafas dan tersenyum. “Baguslah macam itu.” Dan senyuman Hariz itu tidak akan mampu aku cari di mana-mana lagi di dunia ini. Aku pasti. Membuatkan aku tersenyum sama.
“Tak lama lagi dah nak habis sekolah dah.”
“Em, kau pun nak ambil SPM. Studi lebih sikit, bro.” Aku menumbuk lembut bahunya.
“Tak risaulah studi. InsyaAllah, aku boleh.”
“Mestilah, kalau tak penatlah aku doa untuk kau hari-hari.”
Senyuman Hariz terkoyak lebih lebar. Mungkin terkenangkan sesuatu apabila aku nyatakan perihal doa. Kami berdua sebenarnya punya kegemaran yang aneh apabila berdoa. Kami jarang berdoa pada masa yang sama. Apabila aku yang berdoa dahulu, maka Hariz akan merapatiku dan berbisik kepada telingaku:
“Doakan aku biar cemerlang dalam pelajaran, dimurahkan rezeki, dikekalkan keimanan, dan dapat isteri yang solehah.”
Dan kemudian apabila Hariz pula yang berdoa, aku akan merapatinya dan berbisik ke telinganya, menyatakan perkara yang sama.
Hampir setiap kali, jika punya peluang, itulah yang akan kami lakukan. Mungkin itulah yang menjengah ingatannya, menyebabkan dia tertawa.
“Tahun depan aku dah tak ada. Kau ok ke?”
“Ha? Haha.” Keningku terangkat sebentar, sebelum tawaku yang telah terhenti tadi bersambung semula.
Come on la Hariz. Ingat aku ini apa? Pelajar darjah satu?”
“Yalah, manalah tahu kan. First time kut kita berpisah ni.”
“Banyak kali dah. Entah berapa kali dah cuti kita ni, bukan balik rumah yang sama pun.” Aku menjelir lidah sedikit ke arahnya. Berseloroh. Hariz tertawa kecil.
“Kau tahu apa maksud aku kan?”
Tawaku mula surut. Perlahan-lahan aku mengangguk. “InsyaAllah, aku survive. Come on la Bang, aku dah 16 tahun. Tahun depan 17 tahun.”
“Baguslah.” Hariz memandang hadapan. Wajahnya memaparkan kelegaan. Dan entah mengapa, aku amat tersentuh. Hariz nyata amat mengambil berat akanku. Entah di mana lagi hendak aku cari sahabat seperti dia? Mungkin tidak akan aku jumpa di mana-mana.
“Hei, janganlah sedih sangat. InsyaAllah, Allah akan susun yang terbaik punya untuk kita. Aku pasti yang itu. Kalau ada apa-apa, insyaAllah aku ada untuk kau.” Aku menepuk belakang Hariz.
“InsyaAllah, aku ada untuk kau juga.” Dia menepuk belakangku pula.
Kami berdua tersenyum bersama.
“Bila-bila masa, di mana jua.” Kalam itu, sama-sama kami ucapkan, serentak. Membuatkan kami berdua kemudiannya sedikit tersentak. Kemudian tertawa bersama. Tidak menyangka kami akan menyatakan perkara yang sama, bersama-sama.
Kami diam sebentar. Mata Hariz menentang mataku.
“Uhibbukafillah.” Sekali lagi serentak.
Dan tawa mengisi malam kami itu.

******

Nyata, susunan Allah itu amat ajaib. Kita akan lebih merasakan ajaib, apabila susunan Allah itu menepati hajat hati kecil kita, namun kita tidak pernah menukilkannya langsung di dalam bentuk lafaz permintaan. Sekurang-kurangnya, itulah yang aku rasai apabila mengetahui Hariz memasuki universiti yang hampir dengan rumahku.
Menjerit Hariz ketika memberitahu bahawa dia mendapat universiti itu. Aku sendiri hilang bicara apabila mengetahuinya. Sekadar mampu menyatakan bahawa aku amat gembira juga. Namun aku tidaklah terlalu lama mampu merasai keindahan kewujudan Hariz di perkarangan rumahku, memandangkan aku menyambung pengajianku semula ke tingkatan enam di sekolah menengahku dahulu.
Tetapi memandangkan aku berada di dalam tingkatan enam, maka aku punya lebih kelonggaran berbanding pelajar biasa. Telefon bimbit contohnya, bukanlah satu benda yang haram untuk kubawa dan guna pakai. Maka hubungan dengan Hariz kekal erat dengan kemudahan teknologi yang satu itu.
“Assalamu’alaikum.” Suaranya serak kedengaran.
Hatiku bergetar spontan. Kenapa ni? “Waalaikumussalam. Bang? Sihat tak tu?” Abang atau Bang, sudah menjadi panggilan biasaku kepadanya. Walaupun aku biasa juga memanggilnya Hariz.
“Aku tengah down ni Kal.”
“Eh? Kenapa ni?”
Dan aku duduk bersila di atas bangku kelas mendengar luahannya. Rupanya pensyarahnya telah memberikan markah yang teramat rendah kepadanya, walaupun dia amat yakin dia telah melakukan yang terbaik. Bahkan presentationnya adalah yang mendapat pujian semua orang di dalam kuliahnya. Dia merasakan bahawa pensyarahnya itu telah berlaku tidak adil kepadanya.
Aku yang tidak menjejak ke universiti kerana memilih untuk menyambung tingkatan enam ini, tidak mampu membayangkan apa yang Hariz lalui, namun dapat juga memahami perasaannya yang diperlakukan demikian.
“Sabar bang, sabar.”
“Aku tengah sabar la ni.” Kedengaran esak di ganggang. Hatiku pula menjadi rawan.
“Allah nak uji ni. InsyaAllah, ada la tu kebaikan lepas ini.” Aku cuba memujuk.
“Aku faham yang itu. Tapi sedihlah.” Aku seakan dapat melihat air matanya sedang berjejesan walaupun dia tidak berada di hadapanku. Ya Allah, pedihnya.
“Kau rehatlah dulu ya? Dah tengah malam dah pun ni.” Aku memanjangkan leher menjengah luar, gelap. Dataran sekolah juga lengang tanpa ada pelajar yang berjalan di atasnya. Mungkin semua sudah pulang ke asrama dan bertemankan selimut masing-masing.
“Em,” Suara Hariz lemah. Perit aku mendengarnya.
“Hariz, insyaAllah ada hikmahnya semua ini.” Sekali lagi aku berpesan. Entah, aku tidak ada kalam yang lebih baik. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Sebab itu sahaja yang aku percaya. Allah ini, dia tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya.
“Dan kau kalau apa-apa, jangan tak call aku. Call aku. Ok? Ok?” Aku bertegas mengingatkan.
“Em, insyaAllah.”
Senyap sebentar. Hening malam mengisi suasana. Aku sendiri mati bicara. Kasihan Hariz.
“Hei,” Tiba-tiba suara serak Hariz kedengaran.
“Apa?”
“Terima kasih.”
“Ala, aku bukan tolong apa pun. Tolong dengar sahaja. Apa la yang aku bantu kau?” Aku menghela nafas. Rasa bersalah pula tidak mampu membantu apa-apa. Sedangkan aku tahu sahaja, yang aku memang tak mampu membantunya apa-apa.
“Tak, kau dengar aku punya luahan ini pun, bantuan sebenarnya. Terima kasih Haikal, sebab ada di sisi aku.”
“Kau tahu tak Hariz, kalaulah terjadi satu masa nanti, seluruh dunia telah tinggalkan kau, sampai nanti mungkin isteri dengan anak-anak pun tinggalkan kau, kau agak-agak siapa manusia yang akan kekal berada di sisi kau masa itu?”
Hening malam kembali mengisi buat seketika.
“Aku.” Aku menepuk dada dengan yakin sekali. “Aku ada di sisi kau masa itu.”
Dan aku kedengaran esak dari corong. Aku seakan melihat air matanya menitis jatuh. Tetapi kali ini aku dapat merasakan dia sedang tersenyum.
“Take care bro. Uhibbukafillah.”
“Uhibbukafillah. Thanks.”
Dan entah mengapa, dengan merasakan bahawa Hariz telah tersenyum itu, hatiku yang tadinya gundah menjadi tenang semula.
Ya Allah, kasihanilah sahabatku itu sesungguhnya aku mengasihaninya. Sayangilah sahabatku itu sesungguhnya aku menyayanginya. Dan aku amat tahu kasihMu lebih besar melebihi kasihku, dan sayangMu lebih luas berbanding sayangku, maka kepada Kau sahajalah aku meminta kasih dan sayang untuknya itu.
Aku meraup wajah. Hariz itu ibarat nyawaku.
Mustahil dia akan kubiarkan kesedihan begitu.

******

Tamat tingkatan enam, aku berjaya menyambung pengajian ke luar negara. Timur Tengah. Mengambil pengajian agama. Di sini, kehidupan aku berubah memandangkan aku banyak diharapkan oleh persatuan melayu untuk melakukan itu dan ini. Maka hubungan aku dan Hariz sedikit terganggu dari segi kekerapan komunikasi. Kami sudah jarang berhubung. Aku pula jarang muncul di internet. Boleh dikira dengan sebelah jari sahaja bilangan komunikasi kami pada tahun pertama aku di Timur Tengah.
Namun cinta aku terhadap sahabatku nan seorang itu kekal membara di hatiku. Kadangkala aku memaki kesibukanku kerana tidak mampu meluang banyak masa dengannya. Entah berapa kali aku dapati offline message terisi dengan mesej bertanya khabar daripadanya. Namun aku tidak sempat melayannya. Sungguh aku rasa bersalah.
Kini sudah masuk tahun yang ketiga. Pelajaranku semakin sukar. Tinggal dua semester lagi, dan aku akan menamatkan pengajianku di sini. Kerja-kerja kursus bertimbun di kanan dan kiriku. Belum dikira urusan persatuan lagi yang masih berada di sekelilingku. Aku hampir sahaja tidak punya masa buat diriku sendiri, apatah lagi untuk orang lain.
Dan pada saat penuh kritikal inilah, Allah menguji aku.
Duit Persatuan hilang di tangan aku. Jumlahnya hampir menjangkau RM10,000 ringgit. Kewarasanku hampir sahaja terpadam apabila mendapati wang yang sepatutnya aku hendak masukkan ke dalam bank itu hilang daripada almariku.
Seluruh pelajar melayu di sini gempar mendengar berita itu.
Serta merta aku dicemuh dan menjadi bahan makian ramai. Tidak pandai menjaga duit, lalai, cuai, semuanya dihumbankan kepadaku. Sedangkan aku telah berusaha menjaganya sepenuh jiwa dan ragaku. Aku sendiri tidak pasti bagaimana duit itu boleh lesap begitu sahaja. Hendak menuduh ahli rumahku yang lain, aku tidak sampai hati memandangkan mereka selama ini baik-baik sahaja denganku.
Selepas beberapa hari, tidak cukup dengan segala makian tadi, aku dituduh pula ingin mencuri wang tadi. Kepimpinan persatuan turut mempunyai syak wasangka yang sama. Aku pula memang tidak punya bukti kukuh untuk menafikan perkara itu. Tinggal pertahanan diriku setakat ini adalah, jika benar aku yang mencuri wang tersebut, pastinya aku akan membelanjakannya, dan apa yang aku belanjakan itulah yang patut menjadi bukti. Namun, setakat ini, perbelanjaanku adalah seperti kebiasaanku selama ini. Maka nyata bukan akulah pencurinya.
Tetapi masyarakat melayu di tempat aku belajar tidak mampu menerima alasan itu. Kata mereka, zaman sekarang sudah maju. Sekiranya aku simpan wang itu ke dalam bank, maka cukup beberapa waktu aku akan mendapat faedahnya yang lumayan. Aku menafikannya, dengan menunjukkan kad bank aku dan menyuruh mereka memeriksanya sendiri. Tetapi ada pula suara yang menyatakan bahawa, mana mungkin aku hendak menunjukkan kad bank yang wujud di dalamnya duit persatuan itu.
Aku mati akal. Tidak mampu mempertahankan diri. Kini, laungan untuk menggantikan duit pula kedengaran. Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar melayu yang wujud di sini membenciku sekarang, menyebabkan tiada yang menyokongku. Jika ada yang kasihan pun, tiada yang mampu bangkit membantuku. Takut nanti ditelan badai kemarahan orang ramai, dan lemas di dalam lautan kebencian mereka.
Dunia seakan menjadi sempit.
Sangat-sangat sempit.
RM10,000, aku mana ada duit sebanyak itu?
Berhari-hari aku tenggelam di dalam kesedihan. Beberapa hari itu jugalah aku tidak pergi ke kelas. Aku tidak dapat menumpukan perhatian untuk menghabiskan kerja-kerja aku yang bertimbun, juga aku tidak mampu hendak berjalan di tengah orang ramai yang akan menghina dan mencercaku.
Aku sekadar berbaring, termanggu di atas katil mengenangkan nasib diri, ditemani air mata yang berjejesan setiap masa. Sejadahku habis basah di tempat sujudku, begitu juga bantal.
“Kalau aku ini aku yang dahulu, habis mereka semua itu. Dan sedih ini tidak akan hadir.” Aku mengenang kembali diriku yang amat keras di sekolah menengah dahulu. Sekarang, entah mengapa, cercaan dan makian terasa amat menusuk kalbu. Sedang dahulu aku kebal sahaja dengan semua itu. Aku benar-benar rasa bersalah dengan kehilangan wang itu, tetapi bukanlah aku tidak menjaganya dengan baik. Laci telah dikunci dengan baik, bahkan aku telah bercadang untuk pergi ke bank awal pagi sebelum aku perasan duit itu telah hilang.
“Ya Allah, apakah ini?” Aku sakit kepala. Tertekan.
Ketika inilah, telefon bimbitku berbunyi. Siapa? Orang persatuan yang nak minta aku ganti duitkah? Perlahan-lahan telefon bimbit itu aku capai. Kulihat nama yang tertera.
Hariz.
Keningku terangkat sebelah. Guna telefon? Tak mahalkah telefon dari Malaysia ke mari?
Segera aku membuka lipatan telefon bimbitku.
“Assalamu’alaikum, Hariz?”
“Waalaikumussalam. Kal. Apa khabar?”
“Sihat. Kau?” Aku menjawab datar. Cuba menyembunyikan masalah.
“Aku sihat sahaja.”
“Kenapa telefon ni? Tak mahal? Kenapa tak guna internet sahaja?” Aku bertanya.
“Aha, aku ni sebenarnya dengar kau ada masalah.”
Aku diam. Berita itu tersebar sampai ke Malaysia kah? Hem. Zaman tanpa sempadanlah katakan.
“Tak nak kongsi?” Hariz bertanya.
“Seganlah, kongsi masalah. Aku ni nak kongsi benda gembira sahaja dengan kau.” Aku cuba mengelak.
“Haikal, aku ni, kau buat lawak bodoh pun aku suka nak dengar. Apatah lagi benda sedih yang memerlukan seseorang untuk berada di sisi kau, Haikal. Mesti aku lagi patut dengar kan?” Aku seakan mampu melihat senyumannya di balik sana. Membuatkan aku tersengih. Dan perlahan-lahan sengihanku pudar, dan tubuhku menggeletar. Aku menangis, hingga bahuku terenjut-enjut.
Aku ceritakan segalanya kepada Hariz. Apa yang berlaku kepadaku, dan bagaimana masyarakat melayu di sini melayanku.
“Tiada siapa percaya dengan aku, Hariz. Semua orang tinggalkan aku. Aku tension. Aku dah la tengah bertimbun dengan kerja kursus. Periksa pun dah dekat.” Aku menceritakan semuanya.
“Hem, bertenang, bertenang.” Hariz menenangkan aku.
“Aku tengah usaha la ni.” Aku menghela nafas.
“Ha, sekarang, apa kata kau pergi ke bank.”
“Eh?”
“Sekarang, pergi ke bank. Keluarkan duit untuk bayar balik wang yang hilang itu.”
“Aku mana ada duit Hariz. Kalau ada duit, dah lama aku bayar balik. 10,000 ringgit bang, bukan 10,000 rupiah.”
“Iyalah, tengoklah dulu dalam bank. Mana tahu ada RM10,000.” Hariz tetap bertegas dengan suruhannya. Aku dapat merasakan kewujudan senyuman dalam bicaranya.
Aku segera bersiap dan turun dari bangunan rumah sewaku, kemudian bergerak pantas menuju ke bank yang berdekatan. Aku periksa baki terkini akaun simpananku. Mataku membesar.
RM11,492. Angka itu menjengah tubir mataku.
Segera aku telefon semula Hariz.
“Mana kau tahu…”
“Aha, aku baru sahaja doa kepada Allah, agar turunkan wang daripada langit untuk kau.” Hariz tertawa.
“Banyaklah kau punya daripada langit. Ini duit kau ya Hariz?”
Hariz terus tertawa. “Em, itu duit aku. Kau guna dahulu. Aku sebenarnya simpan duit itu untuk kahwin. Tetapi dah kau ada masalah ini. Aku dahulukannya kepada kau.”
Mataku kembali berair. Hariz, Hariz.
“Kenapa sampai macam ini Hariz? Mana mungkin aku boleh terima ini? Aku nak bayar semula kepada kau bagaimana?”
“Kalau kau tak dapat bayar semula, maka tak perlu bayar. Aku tak kata pun kau kena bayar semula, bukan?”
Aku hampir sahaja ternganga mendengarnya. “Hariz!”
“Terimalah. Ambil lah. Kita boleh kumpul duit lagi. Dan belum tentu kau tidak jumpa semula RM10,000 kau yang hilang itu. Percayalah, apa yang berlaku ada hikmahnya daripada Allah SWT. Kau tidak ingat apa yang kau pesan semasa aku kejatuhan dahulu?”
Aku terkesima sebentar. Teringat.
“Ada hikmahnya semua ini. Dan aku dah nampak salah satu hikmahnya sekarang.”
“Apa dia?” Aku kehairanan.
“Allah nak ukhuwwah aku dengan kau, meningkat satu tahap lagi.” Sekali lagi, aku seakan dapat meihat Hariz tersenyum di sebelah sana.
Air mataku mengalir deras. Terenjut-enjut bahuku di hadapan mesin pengeluar wang. Aku perasan keadaanku itu menjemput pandangan aneh daripada beberapa orang arab yang berada di sekelilingku.
“Hei Haikal.”
“Ya?”
“Kalaulah nanti terjadi satu saat, seluruh dunia hilang kepercayaan dengan kau, bahkan memerangi kau, hatta mungkin waktu itu keluarga kau turut bertindak dengan tindakan yang sama, kau tahukah siapa manusia yang akan berada di sisi kau?”
Aku tergamam. Dadaku bergetar kuat. Aku tahu jawapannya.
“Aku. Aku ada di sisi kau pada saat itu.”
Dan air mataku mengalir, namun pada bibirku terukir senyuman.
Ya Allah. Apakah hadiah yang lebih besar daripada nikmat iman dan Islam yang Kau berikan kepadaku, selain daripada Hariz ini?
Tiada, Ya Allah, tiada.
Saat-saat aku hampir sahaja berputus asa dengan Kau, dialah yang kembali menyambungnya. Siapalah sahabat yang lebih baik, daripada sahabat yang apabila bersamanya, dia mengingatkan aku kepadaMu, Ya Allah?
MasyaAllah. MasyaAllah.
“Haikal,”
“Em?”
“Take care. Uhibbukafillah.”
“Thanks. Uhibbukafillah.”
Dan hidupku bercahaya semula, serta tidak pernah lagi kegelapan muncul dalam kehidupanku selepas hari itu berlalu.

******

Bunyi ombak memukul pantai membawaku kembali ke alam realiti. Rupanya aku terimbas kembali segala memori dahulu. Dari perkenalan pertama, hinggalah kepada apa yang menjadikan Hariz itu tidak dapat ditandingi hatta oleh nyawaku sendiri. Aku tersenyum, menggeleng sendiri.
“Weh, isteri kau kat belakang tu.” Bahuku ditolak lembut.
Aku cuba mengimbang semula tubuhku. Memandang manusia yang menolakku itu sebentar, sebelum memandang ke belakang. Isteriku sedang melayan anakku, sambil bersembang mesra dengan seorang lagi perempuan yang turut bersama anaknya.
Kemudian aku memandang manusia di sebelahku itu semula.
“Kenapa tiba-tiba bagitahu yang isteri aku ada di belakang?”
“Dah kau tersenyum sorang-sorang. Teringat siapa lagi kalau bukan si buah hati?” Dia mengangkat kening dua kali. Gaya nakal.
Aku tertawa. “Aku sebenarnya teringat kaulah, Hariz.”
Tawa Hariz meletus sama. “Senget ke apa ha? Aku ada kat sebelah kau je ni.”
Aku menggeleng. “Banyak sudah kita lalui ya?”
“InsyaAllah, banyak lagi kita akan lalui.”
“Harap Allah membenarkan kau terus berada di sisiku sahabat.” Aku memandang Hariz.
Dia tersenyum. “Semoga Allah juga membenarkan kau untuk terus berada di sisiku, sahabat. Sampai ke syurga.”
Aku turut mengukir senyuman.
“Sampai ke syurga sana.”
Kami sama-sama melepaskan pandangan ke horizon.
Hati lapang. Jiwa tenang.
“Hei,” Tiba-tiba kami serentak bersuara.
Tertawa sebentar kami dibuatnya. “Macam mana boleh sama pula ni.” Serentak lagi. Kami berpandangan sebentar, tertawa lagi.
“Uhibbukafillah.” Dan sekali lagi, serentak juga.
Dan tawa mengisi ruang antara kami berdua.
Ya Allah, terima kasih atas ukhuwwah ini.
Moga kekal ke syurgaMu nanti.