Friday, 31 May 2013

end of semester 3...

Assalamualaikum..

Minggu ni minggu yang agak sibuk(although saya tak sibuk mana pun). hihi. Semalam last day saya praktikal kat wad for this sem. Kalau ikutkan hari ni kitorang semua da mula cuti, tapi memandangkan dinner untuk nurse's day isnin depan so terpaksa la korban cuti. Exam dah abis,result pun dah dapat. Alhamdulillah saya lulus although tak capai apa yang saya target. Kecewa jugak tapi saya bersyukur dengan result saya.


Sunday, 26 May 2013

rindu bertamu kembali

Assalamualaikum.

Hari ni saya pegi tengok majlis tilawah Al-Quran dan festival nasyid ILKKM peringkat zon selatan. Pagi2 kul 4.30 da bangun sebab nak kena ada dekat kolej jururawat masyarakat segamat sebelum pukul 8. Huih ngantok bukan main lagi. Saya sempat tertido masa orang tengah tunggu keputusan tilawah. Tapi saya tak masuk pape pun. Tak pandai lagi pun.hehe. Untuk diri sendiri je.hehehehe
hahaha. Itu aktiviti saya hari ni la. Esok keje macam biasa. Saya posting kat wad 4(male surgical).
Adoi malas pulak nak pegi keje.hurmmmm.

Tibe2 rindu dengan adik-beradik n my lovely parents. Tengok gambar je nak lepaskan rindu kat semua. Bestnye kalau dapat sama2 cuti dengan semua kat rumah. Makkkkk, ayahhhhhhh aisyah balik 9 hari bulan. Taknak balik lewat orang dah tak sabar nak balik ni. Kecewa...:'(

Saturday, 25 May 2013

jalan-jalan cuci mata

Assalamualaikum...

Malam semua. Hari ni cuti so saya dah hangout dengan kawan saya AINA to release tension.hahaha. Yang best nye kitorang jalan kaki je tau pegi wetex parade. Bukan beli barang pun makan2 and cuci mata je. Ye la nak beli apa je pun dah nak balik cuti sem dah. hihihi.

Dah lame sangat tak keluar macam tu. Hari nie dapat gak. Kitorang berdua je takde orang lain dah sebab ada yang bercuti and ada yang busy(ada la hal dorang). Kitorang bukan tak nak balik umah cume nye umah kitorang tersangat la dekat.hahaha.

Saya dengan AINA keluar dalam pukul 10.30 pagi macam tu la. Then jalan la kitorang macam itik pulang petang ye la awal lagi kan. Dah sampai kat wetex makan2 pehtu jalan2 cuci mata.

Balik tadi pun kitorang jalan kaki gak saje exercise sikit. Ingatnye nak pegi tanjung emas kat muar ni, tapi tak jadi. AINA ajak saya keluar esok je, saya pulak takde. Nak pegi segamat jadi penyokong untuk nasyid kolej.hehehe. Penyokong je.

Takpe lah lain kali nak keluar macam tu lagi. InsyaALLAH..
makan2 di mumchy cafe..huhu


Friday, 24 May 2013

Assalamualaikum.....

Just saje nk share la. Saya terpasa balik lambat sem nie because kena pegi JB ada sukan ILKKM and also persidangan koko. Sepatutnya saya balik sekali la dengan kawan2 saya yang lain 4 hari bulan but now saya kena balik 8 or 9 hari bulan. Oh no!!!!!
Tiket pun tak boleh beli lagi sebab tu lah, tak tahu balik 8 or 9. Hurmmmmmmmmmmmmm.....

I miss my family so much. Lebih2 lagi mak and ayah. I need them!!! Lately I'm always feel so sad. Tak tahu kenape. Lagi satu, adik pempuan saya dah nak pegi belajar dah. Rindu sangat dekat dia. Nak balik pun tak boleh. Tu lah sape suruh saya terlibat dengan MPP kan. Hahahaha... 

Berbalik pada cerita nak pegi JB tu, kitorang yag nak pegi belum tahu lagi aturcaranya... So apa kitorang nak buat kat sane ek???? Musykil ni. Tak kan nak pegi tengok je kan. Nasib la kan. Kalau takde pape saya nak angkat kaki je dengan kawan saya yang sorang lagi tu. Kesian jugak dekat dia. Almost all activity dia yang masuk. Hurm thank ye xurra sebab selalu tak menghampakan batch kite. Luv u lah..hihi. Biar je lah.

Nak tahu lagi tak semalam kolej saya ada buat assembly special for nurses day. Kalau ikut perancangan 3 jun sekali dengan majlis tamat latihan untuk kakak2 sem 6 and dinner for nurses day but dah dipercepatkan maybe tak nak terkejar-kejar kot. Dan saya telah meng'offer' kan diri yang tak seberapa ni baca sajak. ALLAH.... Dah 9 tahun saya tak baca sajak last mase darjah 5 kot. Lepas tu dah tak penah masuk ape2 pertandingan sajak. Tapi semalam saya yang baca sajak. NO preparation.... hihihi. Ye la dah rancang 3 jun kan lambat lagi, saya buat tak tahu je la. Jumpa puan mase waktu rehat sebab ada hal sikit, dah terkejut puan cakap esok ada assembly. Amik kau tangguhkan kerje lagi... Hahahaha. Nasib baik tak kene heart attack. Kalau tak kat wad 9 dah. Tapi Alhamdulilah boleh la BACA sajak tu, dari takde kan.

Saya kerja petang nie. Esok cuti ganti la sebab kalau ikutkan kitorang cuti hari ni and esok kerja. Disebabkab tak nak bagi susah kerja hari nie sabtu cuti so sape2 nak BDL  boleh la balik hari ni after kerja. Tapi saya tak balik sebab ada event. Event kali ni atas kerelaan saya nak join.. hahahaha.

Dah la penat dah nak menulis nie.

Salam.....


Monday, 20 May 2013

apa nak jadi......

Assalamualaikum.

Ku sangka panas samapi ke petang rupanya hujan di tengah hari. 'i asked ALLAH for strength and ALLAH gave me difficulties to mak me strong'. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Saya dah azam yang saya tak kan join apa2 tarian dah. Tapi saya terpaksa join gak sebab kesian kat kawan saya. But this the last no more after this.

But its ok i'll try my best.

Tapi tak tahu la betul atau tak keputusan saya nie. Cuma kalau bagi saya boleh tak kalau lepas nie nak buat event apa2 je la please jangan ada tarian. Kite ada lelaki yang tengok. Dosakan menari depan lelaki bukan muhrim. Kalau berlakon saya consider lagi but not dancing. When the time comes to me i'll make sure that tak ada tarian. Saya akan fight selagi termampu.

Friday, 17 May 2013

dugaan.....

Assalamualaikum...

Hidup sebagai khalifah ALLAH di muka bumi yang sememangnya kepunyaan ALLAH SWT takkan pernah lari dari dugaan. Apa pun yang berlaku kite mesti redha. Dugaan tidak sahaja kesedihan,kesusahan dan apa2 saja malahan kekayaan,kejayaan,kebahagian juga adalah ujian bagi manusia. Ujian di mana ALLAH ingin melihat adakah kite bersyukur dan sentiasa mengingati nya walau dalam apa jua keadaan sekalipun.


Ya ALLAH semoga aku dan sahabat2ku sabar dan tabah menghadapi ujian yang KAU berikan pada kami. Sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui segalanya. KAU hindarilah aku dan sahabat2ku dari fitnah manusia.


p/s:untuk sahabat yang sangat saye sayangi semua sabar ye. ALLAH bersama kite...
INSYA'ALLAH...

Wednesday, 15 May 2013

solat terapi jiwa paling berkesan

Saat diri rasa tidak aman dan tenteram pasti ada sesuatu yang mengganggu kesejahteraan jiwa. Untuk itu kita perlu memuhasabah diri.
Menerusi muhasabah diri, kita akan dapat mengenal pasti dimana tingkat jiwa kita.
Jiwa didalam al-Quran disebut 'nafs'. Nafs merujuk kepada roh, jiwa, diri dan nyawa. Tentu sekali berkaitan dengan kehidupan dan kematian seorang insan.
Ulama zaman dahulu mengkelaskan tingkatan jiwa atau nafsu berbeza-beza dan wujud dalam setiap diri manusia.
Ulama membahagikan nafsu dan jiwa kepada 7 bahagian:

1. Nafsu amarah
Nafsu pada peringkat ini adalah  nafsu yang belum terasah dan teracu. Jiwanya kotor dan memberontak. Apabila melakukan dosa dia tak rasa apa yang dia buat tu adalah satu dosa. kemudian mereka lakukan kesalahan dan penganiayaan tapi langsung tidak rasa bersalah. Ulama menyifatkan mereka ini seperti haiwan yang membuang najis dimerata-rata tapi tidak berinstinjak. Makan sembarangan, hingga hak orang lain pun diambil.
Mereka ini berada ditahap jiwa kacau yang paling kritikal. Mereka rasa yang mereka bahagia tapi sebenarnya mereka menipu diri sendiri. Tidak pernah cuba mencari terapi untuk jiwa yang kosong.

2. Nafsu lawwamah
Orang yang sesal dengan perbuatan dan dosa yang dilakukan. Tapi sayang selepas bertaubat masih mengulang kembali dosanya.
Jiwanya tidak sekeras jiwa tingkat amarah. Cuma harus dibentuk dan dibentuk lagi. Jiwanya kacau ketika cuba melawan hasutan dan godaan untuk kembali mengulang dosanya.

3. Nafsu Mulhammah
Keadan dimana perubahan menjadi semakin baik.
Perubahan yang berlaku diatas sebab-sebab yang tertentu contohnya, seseorang mengalami masalah fungsi hati akibat tabiat dari minum minuman keras mula insaf dan tidak minum arak lagi.
Atau mungkin kerana kalah judi menyebabkan rumah tangganya hancur dan isterinya berkahwin dengan orang lain. Dia menjadi sedar dan bertaubat. Nafsu ini diertikan sebagai nafsu yang diilhamkan oleh sesuatu yang lain.

4. Nafsu Muthmainnah
Satu keadaan dimana apabila si fulan  berubah disebabkan oleh sesuatu perkara dan si fulan tersebut nekad untuk tidak melakukannya lagi, tiba-tiba dia berjumpa balik dengan orang yang membawa dia kearah itu dulu.
orang tu mengajak si fulan melakukan perkara yang sama sekali lagi tapi dia menolak dan tetap utuh dengan pendirian kerana jiwanya kini lebih tenang. kesedaran baiknya tidak goyah oleh godaan. Maka ia tergolong dalam mereka yang berjiwa mutmainnah.

5. Nafsu al-Radhiyah
Jika jiwa menjadi tenang, apa saja ujian yang menyakitkan tidak menjadi mudarat kepadanya. Malah, rasa sabar terhadap ujian itu meningkatkan iman serta darjatnya disisi ALLAH. Jiwanya akan sentiasa reda dengan segala ketentuan ALLAH kepadanya.

6. Nafsu al-Mardhiyah
Setelah reda atau ikhlas dengan apa saja yang diturunkan ALLAH, kini tiba masanya dia diredai ALLAH. Apa saja yang ingin dilakukan akan deredai ALLAH kerana setiap tindakannya dibimbing oleh wahyu dan syariat. Segala perbuatannya terlindung daripada perbuatan yang tidak diredai.

7. Nafsu Kamilah
Ini adalah tingkatan nafsu yang paling sempurna dan jarang manusia memiliki nafsu dan jiwa seperti ini.
Nafsu dan jiwa ini di miliki oleh Rasul, Nabi dan orang soleh. Individu ini dicatatkn sebagai ahli syurga.
Jadi, berdasarkan tingkat nafsu ini, di manakah agaknya kedudukan jiwa kita sekarang? Kekacauan jiwa perlu diubati sebaik mungkin kerana ia boleh mengudang pelbagai konflik samaada pada diri sendiri atau orang sekeliling.
Penyakit jiwa tidak dapat dipulihkan orang lainmelainkan diri sendiri. Terapilah jiwa dengan mendekatkan kembali diri kepada ALLAH. Tunaikan solat pada awal waktu, biasakan diri dengan amalan sunat.
ALLAH sebaik-baik penjaga hati dan jiwa. ALLAH jugalah yang menghilang segala kegelisahan yang bertaut di dalam hati.

sumber: kalam imam muda oleh imam muda Hassan

Tuesday, 14 May 2013

alamak kalah la hari nie....

Assalamualaikum..

Bila sebut pasal berubah bukan setakat pemakaian sajekan. Kite perlu berubah semua sekali dalam and luar seiring. But today saye dah ter'marah' kejap tadi. Maklumlah dalam proses. Takpe2 pelan2 la kan. Kite tak boleh berubah mendadak. Alhamdulillah sebab cepat tersedar.

Dalam hidup ni jangan asyik mengeluh dengan apa yang terjadi. Before nak cakap ape2 pun fikir dulu. Bersyukur la sebab ALLAH dah kurniakan kite dengan anggota badan yang sihat dan sempurna. Cube fikir orang yang diberi ujian oleh ALLAH dengan fizikal yang tak sempurna. Diorang tak merungut pun, tapi still boleh buat kerja melebihi kekurangan yang ada pada mereka. Start from now cube terima semua perkara yang terjadi dengan hati yang terbuka. INSYAALLAH kite akan rasa lebih tenang.

Peringatan untuk diri saye yang lemah....wink wink...

Monday, 13 May 2013

Saya sayang ALLAH....:')

Mencuba untuk berubah dari semasa ke semasa. Tapi setiap langkah untuk ke arah kebaikan akan pasti ada halangannya. Alhamdulillah saya bahagia sebab jumpa dengan orang yang dapat bagi saya perangsang untuk terus dengan niat saya. Jangan malu buat apa yang ALLAH suka, tapi malulah bila buat apa yang ALLAH larang. Itu la nasihat teman saya.

Kekurangan yang ada pada kita tak akan boleh diubah kalau bukan diri sendiri yang mengubahnya. Saya cuba untuk jadi yang lebih baik. INSYAALLAH semoga ALLAH permudahkan niat saya. AMIN.

Sunday, 12 May 2013

keluarga usrah saya...

assalamualaikum.....
Petang tadi saya and kawan saya baru je dapat join usrah lepas masing2 busy dengan praktikal, driving class and exam.. Alhamdulillah dapat gak pegi. :-)
adik beradik usrah saya


Hari nie naqibah saya la bincang kan tentang orientalisme dan kristianisme. banyak jugak la input yang kitorang dapat. Selain tu jugak kitorang bincang kan tentang akhlak malu. Ok lah sukenye saya nak kongsi, maksud akhlak dari segi bahasa: bermaksud menahan,menyendiri dan mengalah kerana bimbang perkara yang mengaibkan. Dari segi istilah: sifat dan akhlak yang membangkitkan seseorang menjauhi perkara yang buruk daripada cuai menunaikan hak mereka yang berhak. Contohnya hak ke atas diri kita iaitu aurat. Seterusnya dari segi syarak: menahan seseorang daripada perkara yang mengaibkan meskipun perkara tersebut tidak nampak aib pada pandangan manusia.

Hakikat malu terbahagi kepada 2, yang 1: fitrah->sifat semula jadi yang ALLAH beri kepada manusia sebelum terdedah kepada pencemaran. Makna pencemaran disini ialah dari pengaruh luar yang membuatkan seseorang itu hilang rasa malu. Hakikat yang 2: usaha->cara beriman kepada ALLAH dengan mempelajari akhlak.

Malu kepada ALLAH yang sebenar-benarnya adalah dengan cara kita menjaga kepala dan pancaindera. Contoh nya tidak melihat perkara yang haram, paling mudah adalah melihat aurat wanita bagi lelaki dan melihat aurat lelaki bagi wanita. Harus kita ingati bahawa apa yang ALLAH kurniakan kepada kita tidak bermakna kita boleh guna sesuka hati, tapi ada hikmah di sebalik semua kejadian. Seterusnya menjaga perut dari dipenuhi oleh perkara-perkara yang syubhah dan rasuah.

Mudah je kalau kita nak malu pada ALLAH,ingat yang ALLAH melihat setiap perbuatan kita. Setiap perbuatan kita akan ditunjuk diakhirat nanti di hadapan semua manusia. Sekian sahaja dari saya. Jika terdapat kesalahan saya mohon sila tegur.

Saya masih baru dalam tarbiyah..... Syukran.
Assalamualaikum....

end of final exam....

assalamualaikum....
macam dah lama saya tak update blog. Busy sikit dengan exam. before tu kan tengah praktikal kat wad so nak study lagi nak keje lagi dengan wifi tak boleh connect. Macam2 la..

Nak story sikit la, saya ada terbaca blog sorg staff nurse nie(memandangkan saya pun student nurse, i'm so excited to continued her story). Kisahnye takda lah apa sangat cume tentang perubahan diri dye lepas join nursing. saya suke sangat nak baca.hihi. nanti baca la sendiri nak story pun panjang sangat la...

Anyway, hari nie HARI JURURAWAT, mesti tak ramai yang tahu kan. Haaa, nie yang nak bagi tahu nie.
12 MEI adalah HARI JURURAWAT SEDUNIA.. So HAPPY NURSES DAY untuk semua jururawat yang ada kat dunia nie(alah macam ada je yang baca kan hahaha).

Berbalik pada exam final, ALHAMDULILLAH sangat semua dah lepas. Cume nak tunggu result je. Haish risau sangat result nie. InsyaALLAH, saya dah berusaha tinggal tawakal dan doa je.

Lagi satu puas dah saya godak2 macam mana nak ada widget follower baru sekarang dapat...hahaha
Tunggu apa lagi follow la saya tau. Syukran..

~To my sister~

Sahabat yang baik
umpama memori yang indah
Memori yang indah
sentiasa menceriakan
menenangkan
dan memberikan semangat


InsyaAllah