Sunday, 12 May 2013

keluarga usrah saya...

assalamualaikum.....
Petang tadi saya and kawan saya baru je dapat join usrah lepas masing2 busy dengan praktikal, driving class and exam.. Alhamdulillah dapat gak pegi. :-)
adik beradik usrah saya


Hari nie naqibah saya la bincang kan tentang orientalisme dan kristianisme. banyak jugak la input yang kitorang dapat. Selain tu jugak kitorang bincang kan tentang akhlak malu. Ok lah sukenye saya nak kongsi, maksud akhlak dari segi bahasa: bermaksud menahan,menyendiri dan mengalah kerana bimbang perkara yang mengaibkan. Dari segi istilah: sifat dan akhlak yang membangkitkan seseorang menjauhi perkara yang buruk daripada cuai menunaikan hak mereka yang berhak. Contohnya hak ke atas diri kita iaitu aurat. Seterusnya dari segi syarak: menahan seseorang daripada perkara yang mengaibkan meskipun perkara tersebut tidak nampak aib pada pandangan manusia.

Hakikat malu terbahagi kepada 2, yang 1: fitrah->sifat semula jadi yang ALLAH beri kepada manusia sebelum terdedah kepada pencemaran. Makna pencemaran disini ialah dari pengaruh luar yang membuatkan seseorang itu hilang rasa malu. Hakikat yang 2: usaha->cara beriman kepada ALLAH dengan mempelajari akhlak.

Malu kepada ALLAH yang sebenar-benarnya adalah dengan cara kita menjaga kepala dan pancaindera. Contoh nya tidak melihat perkara yang haram, paling mudah adalah melihat aurat wanita bagi lelaki dan melihat aurat lelaki bagi wanita. Harus kita ingati bahawa apa yang ALLAH kurniakan kepada kita tidak bermakna kita boleh guna sesuka hati, tapi ada hikmah di sebalik semua kejadian. Seterusnya menjaga perut dari dipenuhi oleh perkara-perkara yang syubhah dan rasuah.

Mudah je kalau kita nak malu pada ALLAH,ingat yang ALLAH melihat setiap perbuatan kita. Setiap perbuatan kita akan ditunjuk diakhirat nanti di hadapan semua manusia. Sekian sahaja dari saya. Jika terdapat kesalahan saya mohon sila tegur.

Saya masih baru dalam tarbiyah..... Syukran.
Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment