Wednesday, 15 May 2013

solat terapi jiwa paling berkesan

Saat diri rasa tidak aman dan tenteram pasti ada sesuatu yang mengganggu kesejahteraan jiwa. Untuk itu kita perlu memuhasabah diri.
Menerusi muhasabah diri, kita akan dapat mengenal pasti dimana tingkat jiwa kita.
Jiwa didalam al-Quran disebut 'nafs'. Nafs merujuk kepada roh, jiwa, diri dan nyawa. Tentu sekali berkaitan dengan kehidupan dan kematian seorang insan.
Ulama zaman dahulu mengkelaskan tingkatan jiwa atau nafsu berbeza-beza dan wujud dalam setiap diri manusia.
Ulama membahagikan nafsu dan jiwa kepada 7 bahagian:

1. Nafsu amarah
Nafsu pada peringkat ini adalah  nafsu yang belum terasah dan teracu. Jiwanya kotor dan memberontak. Apabila melakukan dosa dia tak rasa apa yang dia buat tu adalah satu dosa. kemudian mereka lakukan kesalahan dan penganiayaan tapi langsung tidak rasa bersalah. Ulama menyifatkan mereka ini seperti haiwan yang membuang najis dimerata-rata tapi tidak berinstinjak. Makan sembarangan, hingga hak orang lain pun diambil.
Mereka ini berada ditahap jiwa kacau yang paling kritikal. Mereka rasa yang mereka bahagia tapi sebenarnya mereka menipu diri sendiri. Tidak pernah cuba mencari terapi untuk jiwa yang kosong.

2. Nafsu lawwamah
Orang yang sesal dengan perbuatan dan dosa yang dilakukan. Tapi sayang selepas bertaubat masih mengulang kembali dosanya.
Jiwanya tidak sekeras jiwa tingkat amarah. Cuma harus dibentuk dan dibentuk lagi. Jiwanya kacau ketika cuba melawan hasutan dan godaan untuk kembali mengulang dosanya.

3. Nafsu Mulhammah
Keadan dimana perubahan menjadi semakin baik.
Perubahan yang berlaku diatas sebab-sebab yang tertentu contohnya, seseorang mengalami masalah fungsi hati akibat tabiat dari minum minuman keras mula insaf dan tidak minum arak lagi.
Atau mungkin kerana kalah judi menyebabkan rumah tangganya hancur dan isterinya berkahwin dengan orang lain. Dia menjadi sedar dan bertaubat. Nafsu ini diertikan sebagai nafsu yang diilhamkan oleh sesuatu yang lain.

4. Nafsu Muthmainnah
Satu keadaan dimana apabila si fulan  berubah disebabkan oleh sesuatu perkara dan si fulan tersebut nekad untuk tidak melakukannya lagi, tiba-tiba dia berjumpa balik dengan orang yang membawa dia kearah itu dulu.
orang tu mengajak si fulan melakukan perkara yang sama sekali lagi tapi dia menolak dan tetap utuh dengan pendirian kerana jiwanya kini lebih tenang. kesedaran baiknya tidak goyah oleh godaan. Maka ia tergolong dalam mereka yang berjiwa mutmainnah.

5. Nafsu al-Radhiyah
Jika jiwa menjadi tenang, apa saja ujian yang menyakitkan tidak menjadi mudarat kepadanya. Malah, rasa sabar terhadap ujian itu meningkatkan iman serta darjatnya disisi ALLAH. Jiwanya akan sentiasa reda dengan segala ketentuan ALLAH kepadanya.

6. Nafsu al-Mardhiyah
Setelah reda atau ikhlas dengan apa saja yang diturunkan ALLAH, kini tiba masanya dia diredai ALLAH. Apa saja yang ingin dilakukan akan deredai ALLAH kerana setiap tindakannya dibimbing oleh wahyu dan syariat. Segala perbuatannya terlindung daripada perbuatan yang tidak diredai.

7. Nafsu Kamilah
Ini adalah tingkatan nafsu yang paling sempurna dan jarang manusia memiliki nafsu dan jiwa seperti ini.
Nafsu dan jiwa ini di miliki oleh Rasul, Nabi dan orang soleh. Individu ini dicatatkn sebagai ahli syurga.
Jadi, berdasarkan tingkat nafsu ini, di manakah agaknya kedudukan jiwa kita sekarang? Kekacauan jiwa perlu diubati sebaik mungkin kerana ia boleh mengudang pelbagai konflik samaada pada diri sendiri atau orang sekeliling.
Penyakit jiwa tidak dapat dipulihkan orang lainmelainkan diri sendiri. Terapilah jiwa dengan mendekatkan kembali diri kepada ALLAH. Tunaikan solat pada awal waktu, biasakan diri dengan amalan sunat.
ALLAH sebaik-baik penjaga hati dan jiwa. ALLAH jugalah yang menghilang segala kegelisahan yang bertaut di dalam hati.

sumber: kalam imam muda oleh imam muda Hassan

No comments:

Post a Comment